Pada tahun 2002, mantan Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyatakan bahawa penyakit batuk kronik beliau hidapi berjaya diubati setelah mengamalkan cendawan susu harimau. Sejak itu, cendawan susu harimau mula dikaji secara saintifik dan telah diiktiraf sebagai khazanah negara, kerana
Hanya tumbuh di Hutan Khatulistiwa Asia Tenggara, ia sukar ditemui.
Hanya sebiji cendawan susu harimau tumbuh dalam kawasan seluas radius 5000m, maka harganya sangat tinggi.
Kedudukan geografi akan menjejaskan kualiti dan keaktifan cendawan susu harimau.
Hanya spesies yang tertentu berkhasiat tinggi di antara puluhan spesies yang ada.
Keluasan 5000m bersamaan mengelilingi sebuah padang bola standard berukuran 105m panjang x 68m lebar sebanyak 12 kali. Harga 100g cendawan susu harimau mencecah RM300 dan orang Asli seluruh negara mampu mengumpul hanya 100kg cendawan susu harimau dalam tempoh 1 tahun.

No comments:
Post a Comment